Tarikh Program | 20-08-2024 |
20 Ogos 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Syarahan Negarawan dan Bicara Buku TYT YDP Negeri Sarawak Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Majlis anjuran DBP ini bertujuan untuk membicarakan tentang Buku Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Ketiga serta Syarahan Negarawan yang disampaikan sendiri oleh TYT YDP Negeri Sarawak.