SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Menteri Perpaduan Negara Telah Menjawab Pertanyaan Ahli Parlimen Kapar

Menteri Perpaduan Negara Telah Menjawab Pertanyaan Ahli Parlimen Kapar

Maklumat Program

Tarikh Program 12-02-2025
WhatsApp Image 2025 02 12 At 140622

12 Februari 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kapar berhubung garis panduan bagi aktiviti keagamaan.

Buat masa ini Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai sebarang garis panduan untuk jabatan dan agensi Kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan.

Namun, Kementerian telah mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program (programme based) untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Bagi tahun 2025 Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep Negara Bangsa dan tema Harmoni dalam Kepelbagaian sebagai fokus utama. Hala tuju tahun ini direncanakan melalui pelaksanaan 4 ikhtiar utama iaitu Ekosistem Perpaduan, Inisiatif Harmoni MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan Komuniti Sosiobudaya.

Untuk makluman, Inisiatif Harmoni MADANI diperkenalkan bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam sekaligus memperkukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian.

"Faham, Hormat, Terima" adalah nilai yang perlu diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat, bagi memastikan negara kita terus menjadi contoh kepada dunia tentang bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk mencipta satu negara yang benar-benar harmoni.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet