Tarikh Program | 16-01-2025 |
16 Januari 2025, Putrajaya - Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan (JPIP) Bil.1 Tahun 2025 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Bilik Mesyuarat Harmoni, Aras 5, Blok F9, Kompleks F, Kementerian Perpaduan Negara.
Mesyuarat ini bertujuan menjadi platform rasmi mengenalpasti isu dan polemik yang mungkin boleh menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Timbalan Ketua Pengarah, Majlis Keselamatan Negara, Timbalan Pengarah Urusan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.