Tarikh Program | 18-02-2025 |
18 Februari 2025, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Seri Hj Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Bilangan 3 2025.
Mesyuarat ini telah membincangkan mengenai pendidikan awal kanak-kanak melalui penubuhan Tabika Perpaduan. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.