Tarikh Program | 06-11-2024 |
6 November 2024, Putrajaya - YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 bertempat di Jabatan Perdana Menteri.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan.