Tarikh Program | 16-10-2024 |
16 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet hari ini bagi membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Turut hadir, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bersama YBhg. Datuk Seri Hasnol Zam Zam bin Hj Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Malaysia secara rasmi dilantik sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan bakal menjadi tumpuan dunia sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi serta akses kepada rakyat.