Tarikh Program | 15-11-2022 |
15 November 2022, Negeri Sembilan - Pada 15 November 2022, YBhg. Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Bilangan 3 Tahun 2022. Dalam mesyuarat tersebut beliau menyarankan supaya MBJ KPN terus berfungsi secara aktif bagi membantu pihak pengurusan kementerian memelihara kebajikan dan kesejahteraan warga kerja KPN secara keseluruhan.