Tarikh Program | 24-07-2024 |
24 Julai 2024, Kuala Lumpur - Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara Bilangan Kelima Belas 2024 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Bilik Persidangan, Jabatan Muzium Malaysia.
Turut hadir, YBrs. Encik Mohamad Sobri Bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, pengurusan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi.