| Tarikh Program | 05-11-2025 |
5 November 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan bagi penetapan hala tuju baharu Perpaduan Negara, iaitu pembinaan Negara Bangsa selari dengan mandat dalam Rancangan Malaysia Ke-13.
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam membina asas perpaduan yang kukuh melalui pengukuhan semangat kebersamaan, kefahaman antara kaum serta nilai hormat-menghormati.