| Tarikh Program | 10-02-2026 |
10 Februari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bersama YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Wesak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026
Selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI, Sambutan Wesak Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada Mei 2026 dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pengangkutan dan MBCC.
Usaha ini berperanan memupuk keharmonian kaum dan memperkukuh nilai negara bangsa di bawah kerangka Malaysia MADANI, selaras dengan pendekatan Kementerian Perpaduan Negara agar rakyat “Faham, Hormat, Terima dan Meraikan” kepelbagaian sebagai asas kekuatan negara.