| Tarikh Program | 04-03-2026 |
4 Mac 2026, Putrajaya - YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Tadbir Urus Prasekolah bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) susulan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai penetapan prasekolah di bawah tadbir urus KPM selaras dengan RMK-13.
Mesyuarat membincangkan penyelarasan pengurusan prasekolah di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), meliputi aspek dasar, sumber manusia, kewangan serta kesinambungan perkhidmatan secara amnya.
Usaha proaktif ini mencerminkan komitmen bersama untuk memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak yang lebih tersusun, berkualiti dan inklusif demi kepentingan negara.