Tarikh Program | 10-09-2025 |
10 September 2025, Putrajaya – Mesyuarat Program Pemerkasaan Rumah Ibadat Hindu di bawah Program Dharma MADANI telah dipengerusikan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara bertempat di Bilik Mesyuarat Perpaduan, Kementerian Perpaduan Negara.
Mesyuarat ini bertindak sebagai platform rasmi untuk membincangkan tindakan-tindakan Kementerian dalam memperkasakan rumah ibadah Hindu sebagai Pusat Komuniti di bawah Program Dharma MADANI.