SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2025

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 17-11-2025
WhatsApp Image 2025 11 19 At 111652 2

17 November 2025, Sarawak - Seramai 172 orang sukarelawan siswa termasuk lapan orang siswa dari Vietnam dan dua orang siswa dari Singapura telah terpilih dalam MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak 2025 seiring dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia melalui kerjasama dalam bidang kesukarelawanan dan pembangunan belia serantau. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Majlis Penutup Malam Ini Warisan Kita MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa YSS ASEAN Ke Sarawak 2025.

YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, tujuan Utama pelaksanaan misi sukarelawan siswa oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa ini adalah untuk membina jambatan antara komuniti, dengan mempertemukan anak muda dari Semenanjung, Sabah, dan Sarawak untuk berkongsi pengalaman, menimba kefahaman budaya, serta menanam semangat kebersamaan melalui pelaksanaan projek-projek komuniti seperti mengindahkan kawasan kampung, dapur komuniti, kem kepimpinan serta program saringan kesihatan.

“Beliau percaya, di tangan generasi muda seperti anda, tersimpan harapan baharu untuk Malaysia yang lebih inklusif, matang dan berperikemanusiaan. Perpaduan sejati tidak akan terjamin hanya dengan dasar atau kempen kerajaan; ia akan subur apabila rakyat, khususnya anak muda, memilih untuk memahami, menghormati, menerima dan meraikan perbezaan.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet