Tarikh Program | 14-08-2023 |
14 Ogos 2023, Kuala Lumpur -Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang turut berkesempatan melancarkan Pameran Kartun ‘Seiring Sejalan’ buat julung-julung kalinya yang diadakan sempena Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023) di Fahrenheit88 Mall, Bukit Bintang tengahari tadi. Program yang merupakan cetusan idea Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama oleh Rumah Kartun dan Komik Malaysia yang bertemakan ‘We Are Greater Together’ selaras dengan tema sambutan HKHM 2023 iaitu ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’.