Tarikh Program | 14-09-2025 |
14 September 2025, Kuala Lumpur – YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, telah hadir ke Pameran Perkahwinan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pameran ini menampilkan keindahan dan keunikan warisan perkahwinan daripada enam etnik utama negara, iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun, dan Siam. Setiap etnik membawa tradisi, adat, dan budaya yang sangat berbeza tetapi tetap mencerminkan semangat perpaduan yang menjadi teras keharmonian negara.
Pameran ini merupakan sebahagian daripada Festival Budaya Malaysia 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan bertujuan untuk mempamerkan kepelbagaian budaya Malaysia melalui elemen-elemen penting dalam perkahwinan tradisional. Melalui acara ini, para pengunjung berpeluang untuk mendalami adat resam, pakaian, serta upacara perkahwinan yang berwarna-warni daripada pelbagai komuniti etnik di Malaysia.
Festival ini sekali lagi mengingatkan kita tentang pentingnya memahami dan menghargai budaya berbeza sebagai asas perpaduan negara yang kukuh."