Tarikh Program | 19-10-2024 |
19 Oktober 2024, Sabah - Peluncuran Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada hari ini.
YAB Perdana Menteri semasa ucapan perasmian telah menekankan bahawa program ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI membawa pembangunan yang menyeluruh dan berterusan selaras dengan inisiatif Ekonomi Biru wilayah ini.
YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara turut sama hadir di majlis pelancaran program ini dan telah melawat ke reruai KPN bagi menyantuni para petugas di reruai ini dan juga para pengunjung..