Tarikh Program | 12-12-2024 |
12 Disember 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menggulung perbahasan Belanjawan 2025 peringkat Dewan Negara.
Dalam sesi ini, YB Datuk telah menjelaskan pendekatan baharu oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi tahun 2025, usaha meningkatkan penghayatan Rukun Negara serta perihal berkaitan manuskrip Melayu.
Kementerian Perpaduan Negara akan terus mengutamakan soal mewujudkan tapak integrasi melalui pelaksanaan pelbagai program serta berusaha mengurangkan jurang perbezaan antara rakyat Malaysia.