Tarikh Program | 11-11-2024 |
11 November 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menggulung perbahasan belanjawan peringkat dasar di Dewan Rakyat, Parlimen pada hari ini.
Dalam sesi tersebut YB Menteri telah menjawab pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Sri Aman, Kapar, Batang Lupar, Batu Pahat, Bukit Bendera dan Langkawi berkaitan perkara-perkara di bawah peranan Kementerian Perpaduan Negara.