| Tarikh Program | 03-11-2025 |
3 November 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menggulung RUU Perbekalan Tahun 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat.
Seramai 4 Ahli-Ahli Yang Berhormat iaitu YB Kuala Langat, YB Jelebu, YB Sungai Petani dan YB Mersing yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan membangkitkan agar geran Kawasan Rukun Tetangga dinaikkan.
Kementerian kini sedang meneliti mekanisme baharu bagi penyediaan geran, termasuk cadangan untuk menaikkan kadar geran kepada KRT yang aktif. Antara pertimbangan utama ialah penetapan kadar geran berdasarkan tahap keaktifan KRT iaitu paling aktif, aktif, dan sederhana aktif berbanding kadar sama rata sebanyak RM6,000 bagi KRT aktif yang dilaksanakan sejak tahun 2021.
Walau bagaimanapun, Kementerian telah mengambil pendekatkan proaktif dengan memperkenalkan Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif yang mengetengahkan lapan bidang sebagai fokus utama, antaranya Ekonomi dan Sara Hidup yang bertujuan untuk menjana pendapatan komuniti, mengurangkan kos sara hidup dan membangunkan KRT Berdikari melalui aktiviti bersama.