Tarikh Program | 25-02-2025 |
25 Februari 2025, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir merasmikan Kalendar Program Jabatan Muzium Malaysia 2025.
Majlis Peluncuran Kalendar Program JMM ini adalah penting dalam usaha menjadikan muzium sebagai pusat aktiviti yang lebih dinamik, mendekatkan warisan kepada masyarakat serta menarik lebih ramai pengunjung termasuk generasi muda dan pelancong dari dalam dan luar negara.
Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia dan Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.