Tarikh Program | 08-12-2024 |
8 Disember 2024, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Perasmian Tayangan Filem KITA – Sabah Menyambut Kepelbagaian anjuran Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Sabah Unity In Diversity (SUICDP) dan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong). Program ini telah diadakan di Auditorium Tan Sri Dato’ Paduka Koo Yuen Kim JP, Wisma Huazong, Lebuhraya Sungai Besi, Serdang hari ini.