SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Perbincangan Berhubung Pelaksanaan Cadangan Piagam Harmoni bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Perbincangan Berhubung Pelaksanaan Cadangan Piagam Harmoni bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Maklumat Program

Tarikh Program 05-11-2024
WhatsApp Image 2024 11 05 At 164432 1

5 November 2024, Putrajaya - Perbincangan berhubung pelaksanaan Cadangan Piagam Harmoni bersama YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Piagam Harmoni telah dihasilkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan diluluskan di peringkat Jawatankuasa HARMONI seterusnya turut diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Cadangan ini akan diangkat ke peringkat Jemaah Menteri.

Piagam Harmoni Malaysia ialah kesinambungan semangat Rukun Negara dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara bagi pembinaan warganegara yang bersatu padu dan memiliki keperibadian yang utuh.

Terdapat 12 nilai-nilai penting yang telah digariskan dalam Piagam Harmoni ini iaitu Adab dan Akhlak, Keinsanan, Kerendahan Hati, Penerimaan, Kasih Sayang, Hormat-menghormati, Kejujuran, Empati, Muhibah, Tasamuh, Toleransi serta Kesederhanaan.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet