Tarikh Program | 23-07-2024 |
23 Julai 2024, Putrajaya - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama Encik Sathy Vel Naidu, Timbalan Presiden 2, Malaysia Hindhu Sangam berkenaan Persidangan Kuil-Kuil Hindu di Malaysia yang bakal dianjurkan dengan kerjasama di antara Kementerian Perpaduan Negara dan Malaysia Hindu Sangam.
Turut hadir, Encik Billy Anak Valentine Jihir, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perhubungan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara dan delegasi daripada Malaysia Hindhu Sangam.