SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara

Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara

Maklumat Program

Tarikh Program 09-02-2026
WhatsApp Image 2026 02 09 At 104941 3

9 Februari 2026, Putrajaya - YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri telah hadir ke Sesi Perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Kementerian bersempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Perpaduan Negara.

YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa perpaduan nasional merupakan prasyarat utama kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara. Dalam sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama dan budaya, perbezaan tidak seharusnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya diraikan sebagai kekuatan yang menyatukan rakyat Malaysia.

Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, YAB Perdana Menteri menyeru seluruh rakyat untuk mengamalkan sikap saling menghormati, memahami perbezaan dan menyelesaikan sebarang isu berlandaskan undang-undang serta nilai kemanusiaan. Pendekatan dialog, ihsan dan toleransi menjadi asas penting dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Dalam suasana kepelbagaian, perpaduan menjadi nadi kekuatan negara. Kementerian Perpaduan Negara akan terus memperkasa usaha menyemai kefahaman dan keharmonian demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet