SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Persidangan International Volunteers Cooperation Organisations (IVCO) Kuala Lumpur 2023

Persidangan International Volunteers Cooperation Organisations (IVCO) Kuala Lumpur 2023

Maklumat Program

Tarikh Program 22-10-2023
393776772 738322548332375 3917249476390510033 N

22 Oktober 2023,Kuala Lumpur - Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama International Forum for Volunteering in Development (Forum) telah menganjurkan persidangan International Volunteers Cooperation Organisations (IVCO) Kuala Lumpur 2023.

Bertemakan “A New Generation Of Volunteers As Changemakers”, persidangan ini disertai oleh organisasi-organisasi sukarelawan di seluruh dunia yang bertujuan menyatukan ketua-ketua agensi serta wakil agensi daripada organisasi yang menjalankan kegiatan kesukarelawanan untuk pembangunan seluruh dunia dan berfungsi sebagai sebuah persidangan yang membincangkan isu-isu semasa dalam sektor kesukarelawanan berdasarkan kajian dan pemerhatian penyelidik yang bertanggungjawab setiap tahun.
 
Pada tahun ini, persidangan ini menerima 178 orang peserta yang berasal daripada 70 organisasi dari 51 negara termasuklah The United Nations Volunteers dan Peace Corps. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
 
Kesukarelawan adalah satu elemen penting dalam memupuk ciri2 kerjasama pelbagai pihak untuk menjayakan sesuatu misi. Persidangan ini melibatkan beberapa pembentangan dan perbincangan mengikut tema agar sukarelawan daripada pelbagai negara dapat berkongsi ilmu.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet