Tarikh Program | 14-01-2025 |
14 Januari 2025, Putrajaya - Sekitar sesi Podcast Reformasi Perkhidmatan Awam yang telah diadakan pada hari ini bersama panel YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha, YBrs.Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud.
Pelbagai perkongsian menarik dan informasi mengenai Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam telah dikongsikan sepanjang sesi podcast ini. Sesi ini turut membincangkan halatuju Kementerian Perpaduan Negara dalam mengemudi Agenda Perpaduan Nasional. Sesi soal jawab turut diadakan bersama penonton FB Live dan hadirin yang hadir secara fizikal.