Tarikh Program | 03-03-2025 |
3 Mac 2025, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Program AI Untuk Masa Hadapan yang disertai oleh warga kerja KPN secara fizikal dan atas talian. Program ini dirasmikan oleh YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan turut hadir oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan keupayaan dan pemahaman warga Kementerian Perpaduan Negara dalam mengaplikasikan kecerdasan buatan bagi memperkemaskan operasi kerja harian seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan awam.