Program Bicara Citra Merdeka
Maklumat Program
Tarikh Program |
04-09-2023 |
04 September 2023, Pahang -Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) telah menganjurkan Program Bicara Citra Merdeka yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Saujana (SMKPS) Jerantut, Pahang.
Program yang diadakan ini merupakan kerjasama antara ANM dan Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut dan SMKPS dengan penglibatkan 7 buah Sekolah Menengah di Daerah Jerantut dan dirasmikan oleh YBhg. Dato' Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha KPN.
Pelaksanaanya di
peringkat sekolah adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan dan pembentukan negara Malaysia, program ini juga bagi memperkukuhkan kesedaran tentang kemerdekaan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.
Selain daripada Bicara Citra Merdeka, Arkib Negara Malaysia turut menyediakan pameran mengenai perpaduan yang mengandungi maklumat yang cukup bermanfaat untuk penghayatan murid-murid sekalian.
Penglibatan Pepustakaan Negara Malaysia dalam pemberian buku-buku pembelajaran kepada 7 buah sekolah yang hadir turut diserahkan dalam majlis yang sama. YBhg. Dato' KSU sempat meninjau sekitar SMK Padang Saujana setelah merasmikan Mural Rukun Negara.