SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Ceria Pop Star Perpaduan

Program Ceria Pop Star Perpaduan

Maklumat Program

Tarikh Program 17-11-2021
WhatsApp Image 2021 11 17 At 81824 PM

17 November 2021 - Program Ceria Pop Star Perpaduan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan satu pengisian komponen bagi tunjang kreativiti dan estetika.
Ianya memberi fokus kepada memperkembangkan sifat kreatif dan ekspresif kanak-kanak melalui imaginasi dan pemikiran.
Penglibatan aktif kanak-kanak dalam pelbagai aktiviti seni seperti nyanyian dan pergerakan kreatif membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia membantu kanak-kanak membina keyakinan diri. Kanak-kanak dilihat begitu gembira merakamkan aksi mereka dihadapan kamera video.
Objektif pelaksanaan program ini oleh Tabika Perpaduan Taman Pauh Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang adalah bagi menerapkan nilai cinta akan negara dan menanam semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak.
Semangat ini penting untuk melahirkan warganegara yang mampu menyumbang bakti kepada bangsa, masyarakat dan negara.
Semoga program sebegini dapat membentuk semangat patriotisme agar terpahat dalam diri setiap kanak-kanak supaya aspirasi negara dapat dicapai.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet