Tarikh Program | 01-12-2022 |
1 Disember 2022, Selangor - Program Citarasa Menu KAMI anjuran Kementerian Perpaduan Negara mengetengahkan premis makanan yang menghimpunkan detik-detik perpaduan melalui variasi hidangan pilihan makanan rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhd. Dato' Indra Noridah Abdul Rahim telah menyampaikan Plak Pengharhaan Citarasa Menu KAMI kepada Restoran Mohamad Chow Kitchen dan Restoran Sambal Hijau pada hari ini. Keunikan restoran Mohammad Chow Kitchen pula adalah gabungan pemilik bangsa berbeza yang menjadikan Masakan Cina sebagai menu utama. Manakala, Restoran Sambal Hijau menjai pilihan pelbagai lapisan kaum dan usia sebagai tempat makan tengahari di ibu kota.