SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program ‘Dariku Untukmu’ Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak 2025

Program ‘Dariku Untukmu’ Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak 2025

Maklumat Program

Tarikh Program 17-05-2025
WhatsApp Image 2025 05 17 At 193836 1

17 Mei 2025, Perak - Program ‘Dariku Untukmu’ Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah mencapai kejayaan besar dalam memperkukuh perpaduan melalui pendidikan serta menyokong inisiatif pendidikan berkualiti. Program ini menumpukan usaha untuk mempertingkatkan koleksi bahan bacaan di sekolah-sekolah di kawasan tersebut, dengan harapan dapat menggalakkan budaya membaca dan memperkaya pengalaman pelajar.

YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, telah merasmikan program ini pada pukul 10.00 pagi di Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Cawangan Taiping. Beliau turut menyempurnakan simbolik sumbangan buku kepada wakil sekolah dan menerima maklum balas yang sangat positif dari para pelajar dan guru yang terlibat dalam program ini.

Program ini turut seiring dengan pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) keempat (4), iaitu Pendidikan Berkualiti, dengan memberi akses kepada pelajar di sekolah-sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti tanpa mengira latar belakang sosioekonomi mereka. Usaha ini juga memastikan kesaksamaan dalam pendidikan, mengukuhkan pendidikan sepanjang hayat, dan menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan mampan di Malaysia.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet