SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi

Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi

Maklumat Program

Tarikh Program 02-10-2023
385747442 724624906368806 1761797993443367565 N

02 Oktober 2023, Selangor -Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia telah melaksanakan Program Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Institut Pendidikan Tinggi di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia hari ini. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.Penganjuran program ini merupakan susulan daripada Peluncuran Eksplorasi Rukun Negara yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara pada 13 Ogos lalu. Kemudian diikuti dengan Eksplorasi Rukun Negara Peringkat Sekolah pada 14 Ogos 2023.Inisiatif pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk memperkasa pembudayaan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan seharian masyarakat dan akan diperluas pelaksanaannya di semua peringkat agar orang awam dapat meningkatkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara.Seramai 3,500 mahasiswa telah terlibat dalam program Eksplorasi Rukun Negara ini. Komitmen mahasiswa sebagai generasi pewaris masa depan negara diharapkan dapat menghayati dan mengamalkan cita-cita serta prinsip Rukun Negara, sekaligus bertindak menjadi rakan Eksplorasi Rukun Negara dalam menyemarakkan lagi penghayatan dan pembudayaannya dalam kalangan masyarakat.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet