Tarikh Program | 15-03-2025 |
15 Mac 2025, Sarawak - YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut berkesempatan meluangkan masa meninjau persiapan bubur lambuk sempena Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Sarawak & Lan Berambeh Sungkei 2025 oleh KRT Kampung Hilir Sibu, KRT Kampung Datuk Baru dan KRT Nangka Bandong dan Abang Barieng (NBAB).
Turut diadakan lawatan ke Tadika Perpaduan Kelas Bunga Tulip dan Projek Kebuniti yang diusahakan oleh guru dan pelajar Tadika tersebut.
Turut hadir, YBhg.Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional dan Pengurusan Tertinggi JPNIN Sarawak.