Program Hari Digital Perpaduan
Maklumat Program
Tarikh Program |
13-10-2022 |
13 Oktober 2022, Putrajaya - Hari ini, Kementerian Perpaduan Negara telah menganjurkan Program Hari Digital Perpaduan di bawah penyelarasan Bahagian Pengurusan Maklumat secara fizikal dan juga virtual. Program yang dilaksanakan sempena Bulan Keselamatan Siber 2022 ini adalah untuk memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan jenayah siber dan sebagai pencegahan awal agar tidak terpedaya dengan sebarang penipuan siber.
Program yang bertemakan "Kelestarian melalui pendigitalan" ini turut diserikan dengan penyampaian maklumat oleh panel-panel jemputan iaitu Dr. Nazrool bin Omar dari Institut tadbiran Awam Negara (INTAN), Dr. Mazlina Binti Zammani dari Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Encik Muhammad Aminuddin bin Nor Hasnan dari Intelligence PC.
Turut hadir, Puan Zahariah binti Mohd Sarif, Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Perpaduan Negara, Encik Zamzuri bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Pegawai-pegawai KPN, Agensi-agensi KPN dan Cawangan Teknologi Maklumat JPNIN.