| Tarikh Program | 14-02-2026 |
14 Februari 2026, Kuala Lumpur - YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Harmoni@Muzium sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 bertempat di Dataran Muzium Negara.
Program ini merupakan satu bentuk manifestasi kolaboratif strategik antara komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat yang bermatlamat untuk meraikan kepelbagaian citra budaya Malaysia dalam suasana yang penuh harmoni.
Selain itu, program ini turut mengetengahkan keunikan asimilasi budaya melalui penyediaan Tang Yuan yang mempunyai persamaan sejarah dengan manisan tempatan iaitu Onde-Onde Melaka.
Program ini mensasarkan sebanyak 200 orang pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya wakil daripada Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tabika Perpaduan, dan Sukarelawan Muzium.