Tarikh Program | 22-11-2024 |
22 November 2024, Kuala Lumpur - Program Identiti Jati Diri anjuran Arkib Negara Malaysia telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Program ini merupakan platform terbaik untuk memberikan pendedahan berterusan kepada masyarakat tentang nilai Rukun Negara agar dapat dihayati nilai-nilai kebangsaan yang menjadi asas perpaduan negara.