SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Ini Warisan Kita : Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023

Program Ini Warisan Kita : Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023

Maklumat Program

Tarikh Program 03-11-2023
397235881 745692830928680 6120525697573415803 N

3 November 2023, Negeri Sembilan - Seramai 95 orang sukarelawan siswa dan alumni akan menyertai Program Ini Warisan Kita : Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023 bermula hari ini sehingga 16 November 2023. Majlis perasmian dan sesi flag-off telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Dengan tema Melestarikan Agenda Perpaduan Negara, misi ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di pentas global di samping menggalakkan penglibatan siswa dan komuniti setempat dalam aktiviti kesukarelawanan. Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) memainkan peranan penting dalam membawa agenda perpaduan melalui aktiviti kesukarelawanan. Misi ini melibatkan enam (6) kawasan di Negeri Sarawak iaitu Sungai Maong (Petrajaya), Ng Machan (Kanowit), Daha (Serian), Ba’kelalan (Lawas), Long Laput dan Long Kevok (Telang Usan).

Pelaksanaan program ini diharap dapat meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai adat resam dan cara hidup masyarakat tempatan di samping dapat menyuntik semangat cintakan tanah air melalui penghayatan terhadap kepelbagaian khazanah warisan turun temurun negara ini.

 
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet