Tarikh Program | 03-08-2024 |
3 Ogos 2024, Miri - YBrs.Puan Norihan Binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Program Jejak Harmoni Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 di Bahagian Miri.
Program ini adalah salah satu daripada program Flagship Kementerian Perpaduan Negara di bawah Inisiatif Harmoni MADANIyang bertujuan memperkukuhkan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berbeza anutan agama serta kepercayaan agar dapat terus hidup dalam landskap sosial yang lebih harmoni.
Antara rumah ibadat yang terlibat dalam program Jejak Harmoni Peringkat Negeri Sarawak adalah Masjid An-Naim, The Good Shepherd Church, Life Methodist Church, dan Some Shak Lung Kung Temple.