SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela dan Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS

Program Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela dan Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS

Maklumat Program

Tarikh Program 08-02-2025
WhatsApp Image 2025 02 09 At 084734

8 Februari 2025, Perak - Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Program Jom Ronda Bersepadu Skim Rondaan Sukarela dan Kempen 1 Keluarga 1 Anggota SRS yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Chepor Raya, Kinta, Perak Darul Ridzuan.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perak melalui KRT Taman Chepor Raya Kinta ini seiring dengan Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif dengan memberikan tumpuan kepada bidang Keselamatan dan Ketahanan bagi mewujudkan persekitaran kejiranan yang kondusif agar komuniti dapat hidup dalam suasana yang Selamat, Selesa, Sejahtera dan Sihat atau dikenali sebagai Komuniti 4S.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet