Tarikh Program | 13-05-2024 |
13 Mei 2024, Selangor - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami,Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah merasmikan Program Jom Santuni Skim Rondaan Sukarela (SRS), KRT Telok Datok, Kuala Langat.
YB Senator turut menyampaikan Sumbangan Bakul Rahmah kepada Warga penduduk KRT Telok Datok dan menyertai Sesi Rondaan SRS di Sekitar Kawasan Kejiranan KRT Telok Datok.
Supt. Ahmad Ridhuwan Bin Mohd@Salleh, Ketua Polis Daerah Kuala Langat telah menyampaikan Taklimat Kadar Jenayah Daerah Kuala Langat daripada Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).