Program Kelas Bimbingan Pra Sekolah Tahun 2022/2023
Maklumat Program
Tarikh Program |
06-07-2022 |
6 Julai 2022, Putrajaya - Berlangsung pagi ini, Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menyampaikan geran peruntukkan pada Program Kelas Bimbingan Pra Sekolah Tahun 2022/2023 bagi membiayai pendidikan pra sekolah kanak-kanak India B40 yang berumur 4 hingga 6 tahun.
Sumbangan ini disampaikan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dan disalurkan menerusi lima organisasi yang melibatkan 214 prasekolah di lapan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor termasuk Wilayah Persekutuan.
Peruntukan yang diberi adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi meringankan beban kewangan Keluarga Malaysia dan memberi manfaat kepada 5,164 kanak-kanak dan ibu bapa masyarakat India B40 meliputi pembiayaan yuran pendidikan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023.
Hadir bersama ialah En Raveendran Nair A/L Kesavan Nair, Pengarah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Pn Zahariah Mohd Sarif, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan Kementerian Perpaduan Negara dan dan En Mohamad Sobri Mat Daud, Setiausaha Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa Kementerian Perpaduan Negara.