Program Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia.
Maklumat Program
Tarikh Program |
18-09-2022 |
18 September 2022, Sabah - Pada sebelah petang di Nabawan, Menteri Perpaduan Negara bergerak ke Dewan Kampung Karanaan Daerah Kecil Sook di Parlimen Pensiangan bagi merasmikan Program Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia.
YB Datuk Halimah turut menyerahkan sumbangan barangan peralatan gotong-royong kepada 83 KRT Daerah Kecil Sook yang merangkumi 6 mukim.
Menurut beliau komitmen yang diberikan oleh KRT di negeri Sabah, khususnya di Nabawan sememangnya begitu membanggakan sekali.
"Di
Nabawan ini, KRTnya begitu aktif dan selalu membantu komuniti dalam pelbagai sudut," jelas beliau di majlis tersebut.
Sambutan yang diberikan oleh masyarakat di Nabawan sangat membanggakan sekali. Dari senyuman, sapaan dan teguran silaturrahim yang dizahirkan, Nabawan sememangnya sangat padu.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat menaikkan semangat rakyat untuk terus aktif mengemudi KRT bagi memelihara kesejahteraan dan kestabilan harmoni setempat.
Hadir bersama ialah YB Datuk Arthur Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pensiangan, YBrs Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato’ Norison Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan En Abd Kunin Saili, Pengerusi KRT Kampung Karanaan.