Program Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia
Maklumat Program
Tarikh Program |
24-09-2022 |
24 September 2022, Sarawak - YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara bergerak ke Balai Raya Serbaguna Kampung Kuala Sibuti pada petang ini bagi merasmikan Program Komuniti Sejahtera Keluarga Malaysia.
Pemberian 75 Kotak RT Cares kepada 5 buah KRT dan juga pemberian mesin rumput serta alat siar raya setiap satu turut disampaikan.
Penyerahan ini adalah selari dengan konsep KRT Sejahtera di dalam Agenda Kerja Komuniti Rukun Tetangga RT4ALL iaitu, memfokuskan kepada kesejahteraan
dan peningkatan kualiti hidup masyarakat setempat. Semoga penyampaian ini dapat membantu KRT dalam menjalankan aktiviti gotong-royong dan memudahkan urusan penyampaian maklumat demi memastikan kawasan sekitar komuniti jelas, bersih dan terjaga.
Selepas itu, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique bersama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah menghadiri Perasmian Tanjak Samudera Kampung Kuala Sibuti, Bekenu, Daerah Subis, Sarawak.
Arca yang dibina sempena Hari Kebangsaan tahun ini cukup menarik dan meriah dengan bendera Negeri Sarawak dan kibaran Jalur
Gemilang.