SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program KPN Prihatin Keluarga Malaysia

Program KPN Prihatin Keluarga Malaysia

Maklumat Program

Tarikh Program 04-06-2022
284948999 388511426646824 2897953520830896749 N

4 Jun 2022, Negeri Sembilan - Datuk Halimah Sadique turut menghadiri Program KPN Prihatin Keluarga Malaysia selepas merasmikan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Dewan Feldajaya Selatan, Bandar Seri Jempol pada pagi ini.

Dalam program tersebut, Menteri Perpaduan Negara telah mengagihkan Kotak Makanan, RT Cares kepada golongan B40 yang telah dipilih. Sebanyak 350 penerima yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sumbangan Prihatin Keluarga Malaysia yang diadakan ini telah melibatkan 3 KRT iaitu KRT Jambu Lapan, KRT Desa Penarikan dan KRT Satelite. Sumbangan ini diharapkan dapat meringan beban penduduk. 

 Selepas itu, Datuk Halimah Sadique ke Surau Al Mukmin Rumah Rakyat Jambu Lapan, Bandar Seri Jempol. Antara aktiviti utama yang dinantikan adalah aktiviti rewang bersama-sama dengan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum.
 
Lokasi seterusnya adalah Kampung Bakar Batu. Pengisian kali ini adalah untuk menyampaikan Kotak Prihatin Kampung Baru, Bahau kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada masyarakat Orang Cina. Bukan itu sahaja, YB Menteri turut sama-sama bergotong-royong dalam membaiki rumah salah seorang masyarakat Cina dan juga memberikan sumbangan peti sejuk berserta kotak KPN Prihatin.
 
Seterusnya, YB Datuk Halimah telah memberikan sumbangan 200 Kotak MITRA kepada penduduk Taman Jaya, Jempol, Negeri Sembilan. Program ini disambut baik oleh penduduk tempatan. 
 
Sumbangan yang terakhir telah disampaikan kepada masyarakat Orang Asli, Kampung Panchor. Sebanyak 152 Kotak RT Cares telah diagihkan kepada mereka. Sambutan dan kemeriahan yang ada di Kampung Panchor sungguh menakjubkan.
TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet