Tarikh Program | 09-09-2024 |
9 September 2024, Sarawak - Program Mengenang Negarawan Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah anak Barieng “Negarawan Terbilang” anjuran Kementerian Perpaduan negara menerusi Arkib Negara Malaysia diadakan bagi mengenang pengorbanan, jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah anak Barieng di Malaysia dan negeri Sarawak khususnya.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak mewakili Yang Amat Berhormat YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Patinggi Abang Haji Openg, Premier Sarawak pada pagi ini.
YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut menzahirkan setinggi harapan agar jasa dan pengorbanan Tun Jugah bukan sahaja menjadi sumber inspirasi dan teladan seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Sarawak, tetapi juga dicontohi oleh pemimpin masyarakat dan politik demi kemakmuran negara Malaysia tercinta.