Tarikh Program | 27-07-2024 |
27 Julai 2024, Kuala Lumpur - Program Pelepasan Kembara Memorial: Anak Malaysia Merdeka oleh YBrs.Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Perkarangan Memorial Tun Hussein Onn.
Kembara Memorial ini diadakan untuk tujuan menyemarakkan semangat patriotisme bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang akan disambut pada bulan Ogos nanti. Ia juga diadakan bertujuan untuk menyerbarluaskan Arkib Memorial sebagai tempat pelancongan pendidikan (edutourism) kepada masyarakat umum.