Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan dan Gawai
Maklumat Program
Tarikh Program |
25-06-2022 |
25 Jun 2022, Selangor - Buat julung kalinya, dengan kerjasama Persatuan Anak Borneo Semenanjung, sambutan ini dapat diadakan di semenanjung yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat di semenanjung berkaitan kebudayaan Negeri Sabah dan Sarawak seterusnya meraikan kepelbagaian kita sebagai Keluarga Malaysia.
Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah merasmikan Program Ramah Tamah Uniti Kaamatan & Gawai yang amat meriah berlangsung di The Mines 2, Seri Kembangan Selangor.
Datuk Halimah sempat membuat lawatan ke pameran dan jualan yang mempromosikan makanan tradisional khususnya yang berasal daripada Sabah dan Sarawak.
Turut hadir ke Program tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg Dato' Indera Noridah Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha, YBrs Dr.Kang Tong Hum dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato' Hajah Norison Ramli dan Pn Gangging Anak Sanggau, Presiden Persatuan Anak Borneo Semenanjung.