Program Semarak Perpaduan "Masak-masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk" di Presint 16,Putrajaya
Maklumat Program
Tarikh Program |
23-04-2022 |
23 April 2022, Putrajaya- Program yang dijalankan pada pagi ini oleh KRT Presint 16, Fasa 1C Putrajaya secara gotong royong telah berjaya memasak sebanyak 7 periuk bubur lambuk dengan lebih 3,000 bekas diedarkan kepada frontliner serta penduduk di Presint 16 dan kawasan sekitarnya.
Amat mengujakan kerana jentera-jentera KRT bukan sahaja mengimarahkan Program Bubur Lambuk tetapi juga menghias kawasan memasak untuk menyambut Program pada hari ini dengan sangat menarik. Semangat inilah yang amat kita banggakan ada pada Keluarga Malaysia!
Terbaik
KRT dari Wilayah Persekutuan Putrajaya ini atas semangat dalam melaksanakan Program Semarak Perpaduan. Untuk makluman, Program Semarak Perpaduan julung-julung kali dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara di seluruh negara yang mana lebih 3,000 KRT telah terlibat dengan penyertaan lebih 50,000 ahli KRT di seluruh negara turut serta. Sementara itu, sebanyak 600,000 pek bubur lambuk diagihkan kepada komuniti di seluruh negara.