Program Semarak Perpaduan "Masak-masak Bubur Lambuk, Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk" Negeri Johor
Maklumat Program
Tarikh Program |
23-04-2022 |
23 April 2022, Johor- YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara turut sama mengacau Bubur Lambuk bersama-sama komuniti di Kota Tinggi Johor di Program Masak-masak Bubur Lambuk,Ikatan Perpaduan Terus Dipupuk.
Cetusan idea YB Datuk Halimah Mohamed Sadique ini telah mendapat penyertaan lebih 3,000 KRT yang dilaksanakan secara serentak seluruh negara dengan penyertaan gotong-royong seramai 50,000 ahli KRT melalui penyediaan 600,000 bekas bubur lambuk.
Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada komuniti setempat Keluarga Malaysia yang menjadikan program julung kali diadakan ini amat meriah dengan penyertaan pelbagai pihak kerajaan, swasta dan NGO. Inilah antara sebahagian inisiatif Kementerian Perpaduan Negara untuk merakyatkan perpaduan melalui pelbagai program dan aktiviti yang menjadi tapak integrasi rakyat di negara ini agar segala porgram KPN dapat didengar,dilihat dan dirasai oleh Keluarga Malaysia.
Program hari ini juga turut dihadiri oleh YB Tn Muszaide Makmor, ADUN Sedili, Mr Chong Kim Cheong, Presiden Pertubuhan Gabungan Penganut dan Pengurusan Rumah Berhala Cina Malaysia, YBhg Dr Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan En Zulkifli Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional