SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan

Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan

Maklumat Program

Tarikh Program 16-11-2022
315579137 504645451700087 3793951567248091327 N

17 November 2022, Putrajaya - Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia peringkat Kebangsaan telah berlangsung dari 16 hingga 17 November 2022 di Dataran Kerayong Bera, Pahang. Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung seperti Pameran Rumah KAMI, Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna dan lain-lain. Program Semarak UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini lebih meriah dengan kehadiran istimewa oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob ke Dataran Kerayong, Bera, Pahang pada pagi ini. Program Semarak UNITI terus dipergiat bagi memastikan program-program perpaduan dapat didengari, dilihat dan dirasai oleh seluruh Keluarga Malaysia. Kehadiran ramai pengunjung ke program ini melambangkan kebersatuan antara kita semua sebagai sebuah Keluarga Malaysia. Turut hadir,YB Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique,  Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim dan Timbalan Ketua Setiausaha KPN, YBrs. Dr Kang Tong Hum.

Dalam program yang sama, YB Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique turut menyempurnakan Pelancaran Koleksi Pantun Perpaduan yang mana bait-bait yang dikarang sering meniti dalam ucapan beliau.
Usaha ini adalah untuk menghargai seni pantun yang indah serta disulami dengan nasihat-nasihat kehidupan yang mampu mengangkat dan menanam semangat perpaduan dalam jati diri Keluarga Malaysia.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet